Pada minggu kedua kumpulan kami pergi ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Presint 14,Putrajaya.sesi pengajaran dimulakan dngan terapi Yassin dan zikir ini juga dianggap sebagai satu terapi untuk memberi ketenangan kepada pelatih-pelatih tersebut. Selepas itu,kami membuat lawatan kecil dari bilik ke bilik dengan bantuan oleh para petugas menerangkan serba sedikit fungsi setiap bilik yang ada.
Terdapat empat bilik yang menjadi tempat kepada para pelatih menerima latihan iaitu bilik fisioterapi di mana bilik ini dicipta khas bagi mereka yang mempunyai kecacatan anggota tubuh. Mereka melakukan fisioterapi di dalam bilik tersebut dengan pakar fisioterapi yang hadir setiap minggu. Seterusnya, bilik kedua adalah bilik snoezelen.Bilik snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk menenangkan,merehatkan,merangsang,mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak-kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Bilik snoezelen itu telah ditaja oleh syarikat-syarikat swasta dan mengambil kos hampir RM30 ribu.
Seterusnya adalah bilik latihan prasekolah dan bilik ini untuk mereka yang mempunyai masalah pembelajaran dan memerlukan latihan awal atau intervensi awal sebelum memasuki pra-sekolah. Merka melatih sensori dengan teknik-teknih yang tertentu seperti "brushing". Terakhir sekali adalah pra sekolah.Bilik mempunyai mainan yang selaras dengan proses untuk membantu pembelajaran mereka.Selain itu juga terdapat ruang vokasional di mana para pelatih boleh mengasah kemahiran motor kasar mereka dengan membuat donut dan karipap misalnya.
Aktiviti seterusnya kami cuba mendekati para pelatih yang terdapat di sana.Baki masa yang ada kami habiskan dengan bermain dengan mereka,pada masa yang sama kami dapat menyelami sendiri masalah yang mereka alami,jenis latihan yang diberikan kepada mereka.Apabila para pelatih ini pulang sekitar jam 11.30 pagi,kami meneruskan aktiviti kami dengan mengadakan perbincangan untuk aktiviti yang akan datang.Selain itu,kami juga diberi peluang oleh petugas-petugas dan penyelia di sini untuk meneroka PDK tersebut dan juga berpeluang membuat karipap dan membungkusnya.Kami pulang pada pukul 1.30 tengah hari.