Pada minggu keempat kami telah membahagikan ahli untuk mengikuti latihan, terapi atau intervensi awal yang dijalankan oleh pakar-pakar yang hadir. Tetapi sebelum memulakan latihan, terapi dan sebagainya kami melakukan aktiviti membaca Yassin dan zikir ini juga dianggap sebagai satu terapi untuk memberi ketenangan kepada pelatih-pelatih tersebut. Setelah selesai aktiviti di pagi hari sekitar jam 8.45 pagi kami meneruskan tugas masing-masing mengikut bilik yang ditetapkan. Pada masa yang sama kami juga telah bertukar bilik untuk mendapatkan pengalaman yang sama. Bilik pertama adalah bilikk latihan pra-sekolah ataupon bilik sensori untuk pelatih-pelatih yang mempunyai masalah yang di tahap yang teruk seperti tidak dapat mendengar arahan dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman saya sendiri bersama dengan pelatih bernama anas 4 tahun ketidakupayaan ceberal palsy kami berada di bilik pra sekolah dan melakukan terapi muzik. kami menyanyikan lagu raw & tiger satu situasi yang amat menyayat hati saya adalah anas menggerakkan kaki dan tangganya secara aktif jauh daripada penerangan petugas yang mengatakan anas tidak mampu untuk menggerakkan kaki dan berbahasa / mengeluarkan bunyi hampir setengah jam kami cuba terapi ini untuk anas dan kami sangat terharu dan sebak anas mampu mengeluarkan bunyi raw yang sangat jelas dan menggerakkan kaki dengan menghentak-hentakkan kakinya ke lantai. perkara ini juga membuat ayah kepada anas berlinangkan air mata apabila menjemput anas pulang selepas saya membuat penerangan bahawa anas pada hari ini berjaya menggerakkan kaki dan mengeluarkan bunyi. Anas sangat suka akan muzik dan ayahnya sendiri tidak menyedari anas suka akan muzik dan nanyian. Saya menasihatkan agar ayah dan keluarga anas berterusan memberi sokongan dengan cara terapi muzik ini di rumah mereka.
Manakal bagi bilik kedua adalah bilik snoezelen, bilik snoezelen adalah bilik yang dikhususkan kepada pelajar yang hiperaktif . Pentingnya bilik snoezelen ini adalah untuk menarik perhatian mereka dengan adanya bubble tube, fibre optic, projektor yang memancarkan gambar haiwan dan sebagainya. Semasa pemerhatian saya di bilik itu, pelajar menjadi lebih tenang dan tidak bertindak di luar kawalan. Mereka mula menjadi terpegun dengan cahaya dan lampu yang dipasangkan. Seterusnya adalah bilik fisioterapi. Bilik ini kami berpeluang untuk melihat pakar fisioterapi datang untuk melakukan fisioterapi terhadap tiga orang petugas yang palsi selebrum iaitu , Kak Izzyana, Zahidah dan Afiqah. Mereka berkerusi roda dan semasa fisioterapi mereka banyak menggunakan alatan yang terdapat dalam bilik tersebut termasuklah "balancing ball" Akhir sekali adalah bilik pra-sekolah , terdapat beberapa orang pelajar yang sentiasa melakukan aktiviti seperti mewarna, bermain "playdough", pasir kinetik yang banyak membantu mereka daripada aspek kemahiran motor halus dan kasar.
Oleh itu setelah selesai melakukan aktiviti-aktivti tersebut, jam menunjukkan pukul 10 pagi dan mereka masing-masing berkumpul di ruang tamu untuk makan. Selepas 30 minit mereka diarahkan untuk masuk semula ke dalam kelas . Manakal bagi yang berkerusi roda mereka diminta untuk mengikuti kelas mengaji. Saya dan rakan iaitu Robiatul Najwa dan amirul fikri telah mengajar mereka menggunakan buku iqra selama 15 minit. Kami berasa amat gembira kerana diberi kepercayaan untuk mengajar mereka dan selepas jam 11.30 pagi, kebanyakkan pelatih telah dijemput oleh ibu bapa.