Pada minggu ketiga, kami telah mengendalikan aktiviti dipagi hari iaitu senamrobik dan bacaan yassin. Aktiviti senamrobik ini sangat menarik perhatian pelatih-pelatih kerana mereka kelihatan gembira apabila mendengar lagu. Aktiviti utama kami pada minggu ini ialah aktiviti kolaj menggunakan surat khabar yang dipotong dalam saiz yang bersesuaian.
Objektif kami untuk membuat aktiviti ini ialah untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka dengan meronyokkan kertas untuk ditampal mengikut bentuk yang disediakan iaitu bentu bunga, ikan dan gajar. Pentingnya kolaj ini ialah untuk membantu koordinasi mata tangan mereka untuk menjadi lebih kuat dan berfungsi sepenuhnya. Mengikut doktor yang berkelayakan Cara Pemulihankerja daripada Kliniik Kesihatan Presint 9, dia menyatakan bahawa aktivti mengoyak kertas dan tampal sangat membantu pemikiran dan stimulasi otak mereka untuk mengawal tangan. Oleh itu kami mengambil masa hampir 45 minit untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Setelah selesai melakukan aktiviti tersebut kami membawa pelatih-pelatih yang kelihatan letih selepas berseronok dalam aktiviti tersebut untuk berehat dan menjamu makan mereka.
Selepas waktu rehat, seperti biasa mereka masuk semula ke bilik yang telah ditetapkan untuk melakukan aktiviti tertentu. Walaubagaimanapun tidak lupa juga kepada pelatih yang berada di dapu untuk ruangan vokasional. Mereka juga terlibat dengan aktiviti kami dan kami juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk membuat karipada dan donut beku. Mereka menghasilkan hampir 100 biji dalam masa 4 jam. Jam menunjukkan 12.30 tengahari dan bus UKM sedang menunggu oleh itu kami mengundur diri untuk pulang semula ke UKM sambil merancang aktiviti untuk minggu seterusnya.