Pada minggu tujuh, setelah tiba di PDK, rutin pada pagi hari khamis ialah ke semua pelatih dan petugas di minta untuk membaca Surah Yassin dan berzikir bersama-sama. Selepas selesai membaca Surah Yassin dan zikir, petugas akan menyerahkan pelatih kepada kami untuk melakukan aktiviti pagi. Pada pagi itu seperti biasa kami akan menjalankan aktiviti senaman pagi. Ia dilakukan di dalam kawasan PDK sahaja.
Senaman pada pagi itu telah di uruskan oleh ahli kumpulan kami iaitu Norsyaza Aqilah dan Amirul Fikri. Mereka telah membuat senaman ringan seperti ‘Chicken Dance’, ‘Pingu Dance’ dan senaman ‘Head, Shoulders, Knee and Toes’. Pelatih-pelatih kelihatan sangat bersemangat dalam melakukan aktiviti tersebut.
Tamat senaman pagi, pelatih melakukan aktiviti bebas sementara kami menyiapkan bahan dan aktiviti seterusnya. Selepas 15 minit kami meminta semua pelatih dan petugas untuk turut bersama kami untuk menjalankan aktiviti membuat ‘Play Dough’ dengan menggunakan bahan-bahan seperti tepung, minyak, air, garam dan juga pewarna makanan. Aktiviti ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran motor halus pelatih yang terdapat di PDK. Tujuan kami menggunakan pewarna makanan adalah untuk mengajar pelatih mengenal warna asas iaitu biru, kuning dan merah. Setelah siap menguli tepung sehingga menjadi doh pelatih di minta untuk membentuk doh mengikut bentuk kesukaan mereka. Contoh bentuk yang telah pelatih buat ialah bentuk kuih-muih, haiwan dan juga barang perhiasan seperti rantai leher dan cincin.Aktiviti membuat "PlayDough" ini sebenarnya membantu koordinasi mata-tangan pelatih untuk lebih aktif.
Tepat jam 10 pagi, pelatih telah berhenti melakukan aktiviti ‘Play Dough’ dan mereka perlu bersiap sedia untuk makan pagi yang telah disediakan oleh pihak PDK sendiri. Setelah selesai makan pagi, pelatih akan mengikuti petugas-petugas untuk melakukan aktiviti fisioterapi dan terapi pengurusan diri yang tertentu seperti membersihkan diri, manakala bagi 'cerebral palsy' mereka menjalani fisioterapi selama sejam daripada pakar yang diiktiraf. Pada jam 12 tengahari pelatih akan dijemput oleh ibu atau bapa mereka untuk pulang ke rumah masing-masing