Pada minggu yang terakhir iaitu minggu 8, kami telah melakukan dua aktiviti iaitu terapi air/kolam renang di kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 16 dan lawatan ke Taman Penghayatan Alam di Wetland Putrajaya. Terapi air/kolam renang telah dilakukan pada hari Rabu tersebut dengan jumlah 8 orang pelatih dan 5 orang petugas.
Pada awal pagi kami telah melakukan aktiviti senanrombik menggunakan lagu "Gummy Bear" dan "Chicken Dance". Tujuan senamrombik diadakan adalah untuk melonggarkan otot-otot badan bagi memudahkan pergerakan. Selain itu, senamrobik juga dapat mengelak pelatih-pelatih tersebut daripada mengalami kecederaan atau kekejangan. Sepuluh minit awal kami melepaskan mereka untuk melakukan aktiviti bebas dan seterusnya kami memulakan aktiviti dalam kolam air.
Terapi air/kolam renang atau terapi kolam renang ini bertujuan untuk, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.Aktiviti pertama ialah mengklasifikasikan kumpulan mengikut bola yang diberi untuk meningkatkan kemahiran komunikasi antara orang sekeliling untuk mencari ahli kumpulan. Walaupun ada pelatih yang non verbal tetapi petugas memainkan peranan yang penting dalam membantu mereka untuk berkomunikasi. Selepas pembahagian kumpulan, kami memulakan permainan pertama dimana pelatih diminta untuk memasukkan bola berwarna merah, biru, kuning ke dalam bekas yang disediakan untuk menguatkan ingatan mereka tentang warna asas dan sekaligus mengajar mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain. Pentingnya terapi air/kolam renang adalah untuk menghilangkan tekanan,merangsang pertuturan,latihan koordinasi anggota badan yang lain, daya konsentrasi dan pembentukan dan peningkatan self esteem.
Setersunya, pada keesokan hari iaitu Khamis, kami telah melakukan lawatan ke Taman Wetland. Aktivit ataupun lawatan kali ini digabungkan dengan pelatih dan petugas daripada Pusat Pemulihan dalam Komuniti di Presint 11, Putrajaya. Kami telah melakukan lawatan secara keseluruhan di Taman Wetland dengan menaiki tram. Tram tersebut mengambil masa lebih kurang 35minit. Tempat persinggahan pertama adalah di “Swan Lake”, untuk melihat angsa,itik,burung bangau yang mengeluarkan hasil bunyi. Seterusnya persinggahan kedua ialah di Pusat Penghayatan Alam iaitu sebuah kawasan yang mempunyai pelbagai jenis maklumat dan informasi. Pusat Penghayatan Alam mempunyai beberapa ruangan yang dibina seakan-akan bilik snoezelen. Ruangan tersebut sebenarnya memberi rangsangan kepada pelatih-pelatih tersebut untuk meneroka alam sekita. Ruangan tersebut dipenuhi dengan gambar rajah haiwan di dalam laut hutan dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, pelatih-pelatih menunjukkan ekspresi wajah yang gembira dan teruja. Selain itu, ruang tersebut memberi rangsangan kepada pelatih untuk bertutur.
Seteleh selesai lawatan kedua-dua tempat tersebut, kami mengakhiri lawatan kami ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti di Presint 14 dengan menghadiahkan sebuah hamper dan kalung penghargaan kepada penyelaras iaitu Cik Asyiqeen. Kami juga menghadiahkan pelatih-pelatih disana dengan saguhati berbentuk botol minuman. Setelah selesai upacara tersebut, kami dipelawa oleh pihak Presint 14 untuk mengambil makanan dan minuman. Pada jam 12.30 tengahari kami telah bergerak menaiki bus untuk pulang ke Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Manish binti Mohd Ali kerana memberi peluang kepada kami untuk mendapat pengalaman baru di luar fakulti,sekolah tetapi di Pusat Pemulihan dalam Komuniti.